Friday 19 September 2014

Week 2 : 18-9-2014

Assalamualaikum wbt
 
18-9-2014 Khamis,

Hari ini perasaan berdebar sikit, first group presentation. topik SLR.
tapi ..hihihi// last2 tangguh next week.. sebab.. apa ye..jom baca sampai bawah.

Kelas hari ni start pada jam 4.30ptg. Ketua kelas (Rasdi) mencadangkan untuk semua pergi solat asar terlebih dahulu. memandangkan waktu asar pun awal.

Tepat jam 4.30ptg, Dr Shah masuk ke kelas, kami di minta ke studio fotografi. Ini kerana ada penerangan ringkas (tk ringkas la, padat) oleh En. Fuad. Sape ye En. Fuad tu.. otai tu.

En. Fuad


Ok, dah kenal kan En Fuad. Otai nie..En Fuad telah menerangkan kepada kelas kami tentang Kamera. Dari Kamera pertama dalam dunie kamera sehinggalah Digital Kamera pada hari ini.

Kagum sangat dengan penjelasan daripada en fuad.
ini la serba sedikit apa yang di terangkankan oleh en Fuad.

En. Fuad membuat penerangan

Rakan kelas semangat mendengar penjelasan

Setting dulu

Semangat,. siap shoot video lagi

"..Cara pegang nak kena betul tau.." kata En. Fuad

"..Nape nampak jari nie.." teknik pegang lens kena betul


Penerangan tentang kamera:


Pada bulan Mei 1959, kamera Nikon SLR yang pertama, Nikon F, diperkenalkan dan dengan cepat
menjadi standart tak tertulis bagi para photojurnalis serta photografer profesional lainnya. Dalam memperkenalkan seri F, dengan view finder yang dapat diganti-ganti, layer focus, dan lensa-lensanya, Nikon melewati Leica sebagai pemimpin baru di dunia kamera.

Daripada dunie Kamera Filem kepada la full digital.
1. Nikon SLR F (tahun 1959)
2. Nikon SLR  F2 (tahun 1971)
3. Kamera Nikon autofokus pertama, L35AF (tahun 1983)
4. Nikon D1 - DSLR pertama (tahun 1999)
5. Nikon D3 (full frame) pertama (tahun 2007)

Macam2 lagi la En. Fuad sampaikan. UTM leh plak convert kamera SLR full manual kepada semi digital.. tambah die punya digital kompenen cecah RM80k. Memang terbaik la UTM. 
En. Fuad juga sempat menerangkan penggunaan Aperture, ISO dan shutter speed. Ini merupakan basic dalam dunia fotografi.
Aperture merupakan bukaan diameter lens, yang membenarkan cahaya memasukinya. lagi besar die terbuka, lagi banyak cahaya masuk melaluinya. macam mana nak setting aperture nie? hehe.. macam nie. Aperture di tandakan dengan nombor F. Semakin besar nombor aperture, semakin kecil bukaan aperture. Contoh, F2.8 dan F20. Maksudnya, F2.8 membenarkan lebih banyak cahaya akan masuk kedalam lensa berbanding dengan F20. 


Shutter Speed pula merupakan kelajuan shutter terbuka bagi membenarkan cahaya melintasinya. Semakin besar nilai shutter speed, semakin cepat ia terbuka dan tertutop. contohnya: kalau set speed 1/30 dan 1/1000.. maksudnya 1/30 tu slow speed, lagi lama shutter nak tertutop. berbanding dengan 1/1000, shutter speed laju tertutop. contoh ; kalau nak capture subjek tak bergerak, gunakan slow speed pun ok. tapi kalau nak capture subjek yang bergerakm contohnya kereta bergerak. kita kena gunakan speed yang tinggi.



ISO pula merupakan cahaya yang masuk ke dalam lensa. samaada terang atau gelap. (overexpose atau underexpose atau ngam2 jer). ISO di nilai dengan nombor 50, 100, 200, 400, 800, 1600, 3200. 
Maksudnya, semakin besar nilai ISO, semakin banyak cahaya akan memasuki lensa. 
contoh, kita setkan ISO 100 dan ISO 1600. ambil gambar pada malam hari. ISO 100 akan menunjukkan gambar yang gelap. Tetapi ISO1600 akan menghasilkan gambar yang terang. bergantung kepada cuaca ketika kita mengambil gambar. kalau kita capture gambar pada siang hari (tengahhari), jadi ISO yang sesuai adalah ISO100. 



Sempat juga En. Fuad menawarkan sesiapa yang ingin meminjam kamera untuk tujuan lawatan. Dalam simpanan ada Nikon D3100 dan Nikon D3000. Tetapi En Fuad meminta untuk memahirkan diri dulu tentang Basic fotografi sebelum pinjaman dibuat. Jadi, En Fuad setkan masa untuk setiap group (5 orang jer) untuk membuat konsultasi tentang kamera selama 1 jam.


Selesai sesi bersama En. Fuad, kelas di ambil semula oleh Dr Shah. Kalau ikutkan sesi presentation. tetapi masa tidak mengizinkan lagi. hihi. sambung untuk next week. 



Sekian, 



0 comments:

Post a Comment