Close up Photo

Using the Macro Lens.

Landscape Photo

Setting: slow speed (1/30 n below) and large number of aperture (F8 above).

Slow speed photo

Setting slow speed: less than 1/30.

Potraite Photo

Control the aperture to control DOF.

Milky Way Photo

manual focus using bulb or slow speed in the midnight.

Light Painting Photo

setting low speed: Bulb speed .

Infrared Photo

Using the infrared filter.

Monday 29 September 2014

Week 3 : 25-9-2014

 



assalamualaikum wbt.

25-9-2014, week 3. Seperti biasa bertolak ke UTM dalam keadaan yang memenatkan setelah habis kelas di KPM Bandar Penawar. Demi ilmu tercinta, aku tabahkan hati juga.

Hari nie Kelas di mulakan dengan perbincangan oleh Dr Shah berkenaan proses memecahkan kelas kepada 2 seksyen. Ini kerana bilangan di dalam kelas yang ramai. So, sebahagian akan ke kelas Dr Jo. Masih lagi pada hari yang sama, masa yang sama tetapi di tempat yang berbeza. Semuanya berjalan dengan baik sekali. settle masalah kelas.

Kelas di ambil alih oleh group pertama presentation (Suhaimi, Hasnah dan Amir). Presentation dijalankan dengan baik sekali. Tajuk yang dibentangkan adalah berkenaan SLR dan sedikit penerangan basic Photography oleh Amir. Berikut merupakan Slide presentation:



______________________________________________________ 

Tamat presentation Dr Shah menambah serba sedikit mana-mana yang tak cukup dalam slide presentation. Antaranya banyak berkenaan Seni Photography seperti Composition, Framing dan sebagainya.


Asas-asas Komposisi
(dicedok dari tarmizishukri)
 

1. Rule of Third

5949863258 60ea9e5a46 Asas Asas Komposisi Dalam Fotografi 

Ni merupakan peraturan komposisi yang paling selalu fotografer guna.  Caranya dengan meletakkan subjek pada kawasan garis yang bersilang. Garisan tu korang kena imagine sendiri, tapi kebanyakkan kamera sekarang memang ada setting untuk memaparkan garisan tu, pandai-pandailah cari sendiri.


2. Keseimbangan

5949844382 97451a2784 Asas Asas Komposisi Dalam Fotografi
Cara meletakkan subjek lebih kurang sama seperti Rule of Third, cuma ada subjek lain untuk menyeimbangkan subjek utama.


3. Garisan

5949287977 5261da69ac Asas Asas Komposisi Dalam Fotografi
Garisan merupakan satu elemen yang kuat, boleh memberi kesan yang mendalam pada sesuatu gambar. Tapi kita kena pandai letak garisan tu kat mana, kalau di tempat yang betul, garisan akan bertindak menarik mata kita untuk melihat lebih mendalam dan menghayati foto yang kita ambil.


4. Simetri

5949288843 92b70679f3 Asas Asas Komposisi Dalam Fotografi
Tidak seperti Rule of Third, subjek diletakkan di tengah-tengah untuk menampakkan persamaan kiri dan kanan. Tapi subjek kena kuat, kalau tak subjek akan kelihatan tenggelam.


5. Kedalaman/ Depth

5949292391 51bd729315 Asas Asas Komposisi Dalam Fotografi
Setiap gambar yang kita ambil dipaparkan dalam 2 dimensi. Tapi dengan bermain dengan foreground dan background, kita boleh mewujudkan depth atau kedalaman yang akan membuatkan foto yang kita ambil bersifat 3 dimensi. Ayat mudahnya “tak flat”.


6. Framing

5949850468 9214f03ddc Asas Asas Komposisi Dalam Fotografi
Korang boleh guna objek sekeliling untuk mengasingkan (isolate) subjek utama dengan persekitaran. Macam gambar kat atas, subjek diasingkan dengan menggunakan subjek di kiri dan kanan yang blur.

__________________________________________________________________

ok itu sahaja untuk week 3

Berjumpa lagi pada week ke-4

Friday 19 September 2014

Week 2 : 18-9-2014

Assalamualaikum wbt
 
18-9-2014 Khamis,

Hari ini perasaan berdebar sikit, first group presentation. topik SLR.
tapi ..hihihi// last2 tangguh next week.. sebab.. apa ye..jom baca sampai bawah.

Kelas hari ni start pada jam 4.30ptg. Ketua kelas (Rasdi) mencadangkan untuk semua pergi solat asar terlebih dahulu. memandangkan waktu asar pun awal.

Tepat jam 4.30ptg, Dr Shah masuk ke kelas, kami di minta ke studio fotografi. Ini kerana ada penerangan ringkas (tk ringkas la, padat) oleh En. Fuad. Sape ye En. Fuad tu.. otai tu.

En. Fuad


Ok, dah kenal kan En Fuad. Otai nie..En Fuad telah menerangkan kepada kelas kami tentang Kamera. Dari Kamera pertama dalam dunie kamera sehinggalah Digital Kamera pada hari ini.

Kagum sangat dengan penjelasan daripada en fuad.
ini la serba sedikit apa yang di terangkankan oleh en Fuad.

En. Fuad membuat penerangan

Rakan kelas semangat mendengar penjelasan

Setting dulu

Semangat,. siap shoot video lagi

"..Cara pegang nak kena betul tau.." kata En. Fuad

"..Nape nampak jari nie.." teknik pegang lens kena betul


Penerangan tentang kamera:


Pada bulan Mei 1959, kamera Nikon SLR yang pertama, Nikon F, diperkenalkan dan dengan cepat
menjadi standart tak tertulis bagi para photojurnalis serta photografer profesional lainnya. Dalam memperkenalkan seri F, dengan view finder yang dapat diganti-ganti, layer focus, dan lensa-lensanya, Nikon melewati Leica sebagai pemimpin baru di dunia kamera.

Daripada dunie Kamera Filem kepada la full digital.
1. Nikon SLR F (tahun 1959)
2. Nikon SLR  F2 (tahun 1971)
3. Kamera Nikon autofokus pertama, L35AF (tahun 1983)
4. Nikon D1 - DSLR pertama (tahun 1999)
5. Nikon D3 (full frame) pertama (tahun 2007)

Macam2 lagi la En. Fuad sampaikan. UTM leh plak convert kamera SLR full manual kepada semi digital.. tambah die punya digital kompenen cecah RM80k. Memang terbaik la UTM. 
En. Fuad juga sempat menerangkan penggunaan Aperture, ISO dan shutter speed. Ini merupakan basic dalam dunia fotografi.
Aperture merupakan bukaan diameter lens, yang membenarkan cahaya memasukinya. lagi besar die terbuka, lagi banyak cahaya masuk melaluinya. macam mana nak setting aperture nie? hehe.. macam nie. Aperture di tandakan dengan nombor F. Semakin besar nombor aperture, semakin kecil bukaan aperture. Contoh, F2.8 dan F20. Maksudnya, F2.8 membenarkan lebih banyak cahaya akan masuk kedalam lensa berbanding dengan F20. 


Shutter Speed pula merupakan kelajuan shutter terbuka bagi membenarkan cahaya melintasinya. Semakin besar nilai shutter speed, semakin cepat ia terbuka dan tertutop. contohnya: kalau set speed 1/30 dan 1/1000.. maksudnya 1/30 tu slow speed, lagi lama shutter nak tertutop. berbanding dengan 1/1000, shutter speed laju tertutop. contoh ; kalau nak capture subjek tak bergerak, gunakan slow speed pun ok. tapi kalau nak capture subjek yang bergerakm contohnya kereta bergerak. kita kena gunakan speed yang tinggi.



ISO pula merupakan cahaya yang masuk ke dalam lensa. samaada terang atau gelap. (overexpose atau underexpose atau ngam2 jer). ISO di nilai dengan nombor 50, 100, 200, 400, 800, 1600, 3200. 
Maksudnya, semakin besar nilai ISO, semakin banyak cahaya akan memasuki lensa. 
contoh, kita setkan ISO 100 dan ISO 1600. ambil gambar pada malam hari. ISO 100 akan menunjukkan gambar yang gelap. Tetapi ISO1600 akan menghasilkan gambar yang terang. bergantung kepada cuaca ketika kita mengambil gambar. kalau kita capture gambar pada siang hari (tengahhari), jadi ISO yang sesuai adalah ISO100. 



Sempat juga En. Fuad menawarkan sesiapa yang ingin meminjam kamera untuk tujuan lawatan. Dalam simpanan ada Nikon D3100 dan Nikon D3000. Tetapi En Fuad meminta untuk memahirkan diri dulu tentang Basic fotografi sebelum pinjaman dibuat. Jadi, En Fuad setkan masa untuk setiap group (5 orang jer) untuk membuat konsultasi tentang kamera selama 1 jam.


Selesai sesi bersama En. Fuad, kelas di ambil semula oleh Dr Shah. Kalau ikutkan sesi presentation. tetapi masa tidak mengizinkan lagi. hihi. sambung untuk next week. 



Sekian, 



Week 1 : 11-9-2014

Assalamualaikum wbt
 
11-9-2014 Khamis,

Hari Pertama ke kelas Visual Technology Production (MPT1483).
Kelas di pimpin oleh Dr Shaharudin bin Md Salleh.

Dr Shaharudin Md Salleh

Kelas pertama, tidak banyak dibincangkan, Dr Shah menerangkan serba-sedikit berkenaan "Course Outline". Dr menerangkan Continuous Assessment yang perlu dilaksanakan. 
Terdapat 3 assignment yang perlu di siapkan, iaitu :
  • Assignment 1 : Digital image Album (Individual Project)
  • Assignment 2 : Image Manipulation (Individual Project)
  • Assignment 3 : Graphics Design - Poster/Book Cover (Individual Project)
Selain itu, satu lagi task adalah "Group Presentation". Pada setiap minggu, akan ada satu presentation dari 1 group yang telah memilih tajuk mengikut "Syllabus Subject".
tidak lupa juga, satu Trip wajib di laksanakan sekali sepanjang program. Dr shah meminta Ketua Kelas (Rasdi) untuk mengetuai perbincangan lokasi trip pada kali ini. Semua sepakat bersetuju untuk ke Bandar Melaka sebagai lokasi "Photo Shooting" kali ini.
Photo Shooting
  •  Lokasi : Bandar Melaka
  • Tarikh cadangan : 31 Oktober 2014
  • Pengangkutan : Bas UTM
  • Masa : awal pagi - tengah malam
Sebelum mengakhiri kelas, Dr shah sempat memberitahu berkenaan Kamera DSLR. Sesiapa yang tidak ada, boleh berjumpa En Fuad untuk membuat pinjaman sementara. Atau yang berkemampuan boleh membeli.

Peh,.nasib baik saya sudah memilikinya, walau sebuah kamera untuk "begginer"



Camera : Nikon D3200
Lens : Tamron 17-50mm


So, cukup la untuk kali ini. 
Sekian.

Cara mengawal aperture

Assalamualaikum wbt
 
Berikut merupakan kaedah mengawal aperture.
Segala nota adalah ilham daripada website : http://adhadi.com/
Thankz pada bro Adhadi.

Setting Aperture dan Shutter speed kamera


Aperture adalah bukaan pada lensa yang membenarkan cahaya melaluinya dan jatuh ke atas sensor.

Semakin besar bukaan aperture, semakin banyaklah cahaya yang masuk dan gambar akan lebih terang.


Bukaan aperture dan bukaannya

Kesan  Aperture kepada Kecerahan Gambar

Perhatikan impak aperture yang berbeza terhadap satu gambar yang sama, dengan setting  ISO dan shutter speed yang sama.

Gambar diatas mempunyai Exposure yang cukup dengan Aperture f4.

Apabila kita mengubah aperture kepada f/8, gambar menjadi lebih gelap kerana cahaya yang masuk semakin berkurangan, akibat bukaan aperture yang semakin kecil.


 Apabila kita mengubah Aperture kepada f/2.8, dan ISO serta Shutter speed masih sama, gambar menjadi lebih terang. Ini disebabkan bukaan aperture lebih besar dan cahaya masuk lebih banyak. Gambar ini dipanggil gambar overexposed kerana details seperti warna baju sudah terlalu terang.


Aperture dan Depth Of Field

Aperture juga digunakan untuk mengawal kreativiti depth of field.
Dengan aperture besar seperti f/2.8, anda boleh mendapat depth of field nipis seperti bunga dibawah. Perhatikan subjek sharp dan latar sudah out of focus.


Aperture F2.8

Dan dengan aperture yang kecil, anda boleh mendapat Depth of field yang luas seperti gambar dibawah. Depth of field yang luas memberikan ketajaman imej sehingga kepada latarbelakangnya.

F16

Untuk memahami lebih lanjut lagi, perhatikan dua contoh Depth Of field yang berbeza dibawah, menggunakan aperture yang berbeza




Segala maklumat adalah daripada website : http://adhadi.com/


Penulis


Nama : Amir Bin Jusoh
Nombor Matrik : MP131221


Bertugas di Kolej Profesional Mara Bandar Penawar (KPMBP)
Berpengalaman mengajar untuk subjek "economics" dan "entrepreneurship"

Melanjutkan pelajaran ke peringkat Master di UTM dalam bidang
Teknologi Pendidikan

Sebarang pertanyaan tentang penulis 
boleh kemukan emel kepada
amir@kpmbp.edu.my

atau facebook
http://www.facebook.com/amirjusoh





Thursday 18 September 2014

Mengenal Shutter Speed

 Assalamulaikum wbt


Hari nie saya bg sikit tutorial shutter speed. Copy gak dr blog sahabat. Shutter speed merupakan kelajuan 'blade' itu ditutup apabila sesuatu gambar diambil. Dengan ini, kamera boleh mengawal jumlah cahaya yang masuk dengan mengawal kelajuan shutter speed pada kamera. Sekiranya korang menggunakan shutter speed yang laju (fast shutter speed). Gambar korang akan jadi lebih 'sharp' tapi kalau korang menggunakan shutter speed yang perlahan (slow shutter speed) gambar korang akan kelihatan lebih blur.

Shutter speed dikira dalam unit saat seperti 1/500 saat, 1/10 saat, dan 20 saat.
Gambar dibawah menunjukkan bagaimana shutter pada kamera berfungsi (pergerakan slow motion).



____________________________________________

 Cara mengawal Shutter Speed



1. FREEZE OBJECT

Set kan Shutter speed dengan nilai yang besar. contohnya 1/1000 dan keatas. Objek yang bergerak akan berhenti masa di capture



2.   SLOW SPEED

Kita setkan nilai shutter speed dengan nilai yang kecil biasa di bawah 1/30. Teknik ini amat memerlukan Tripod sebagai sokongan. 



3.  PANNING

Jika ingin menghasilkan efek “Panning” (misalnya foto motor atau mobil yang sedang berjalan dengan background yang seolah-olah bergerak), kita harus membuka kamera lebih lama sekitar 1/30 detik. Lalu ikutilah pergerakan objek yaitu motor atau mobil tadi. Karena kamera mengkuti pergerakan objek, maka objek akan tetap fokus namun background akan seolah-olah bergerak.
Efek “Panning” tidak mungkin didapatkan melalui shutterspeed yang terlalu cepat.



4.   RUANG KETAJAMAN SEMPIT

Pasti anda pernah melihat foto dengan suatu objek yang tajam dengan background yang blur. Teknik sangat digemari karena dapat memperkuat objek pada foreground dan juga terasa lebih artistik. Caranya adalah dengan bukaan diafragma yang besar, misalnya F/1.4, F/1.8, F/2, dst. Semakin kecil angka di belakang huruf F,semakin besar bukaan diafragmanya.



6.   RUANG KETAJAMAN LUAS

Jika bukaan diafragma besar menghasilkan efek blur pada background, maka bukaan diafragma kecil menghasilkan efek tajam dari foreground sampai background. Bukaan diafragma kecil biasanya digunakan dalam memotret landscape, yang membutuhkan detail dan ketajaman di seluruh bagian foto. Diafragma kecil contohnya F/11, F/16, F/22, dst.