Segala nota adalah ilham daripada website : http://adhadi.com/
Thankz pada bro Adhadi.
Setting Aperture dan Shutter speed kamera |
Aperture adalah bukaan pada lensa yang membenarkan cahaya melaluinya dan jatuh ke atas sensor.
Semakin besar bukaan aperture, semakin banyaklah cahaya yang masuk dan gambar akan lebih terang.
Bukaan aperture dan bukaannya |
Kesan Aperture kepada Kecerahan Gambar
Perhatikan impak aperture yang berbeza terhadap satu gambar yang sama, dengan setting ISO dan shutter speed yang sama.
Gambar diatas mempunyai Exposure yang cukup dengan Aperture f4. |
Apabila kita mengubah aperture kepada f/8, gambar menjadi lebih gelap
kerana cahaya yang masuk semakin berkurangan, akibat bukaan aperture
yang semakin kecil.
Apabila kita mengubah Aperture kepada f/2.8, dan ISO serta Shutter speed
masih sama, gambar menjadi lebih terang. Ini disebabkan bukaan aperture
lebih besar dan cahaya masuk lebih banyak. Gambar ini dipanggil gambar
overexposed kerana details seperti warna baju sudah terlalu terang.
Aperture dan Depth Of Field
Aperture juga digunakan untuk mengawal kreativiti depth of field.
Dengan aperture besar seperti f/2.8, anda boleh mendapat depth of
field nipis seperti bunga dibawah. Perhatikan subjek sharp dan latar
sudah out of focus.
Aperture F2.8 |
Dan dengan aperture yang kecil, anda boleh mendapat Depth of field yang
luas seperti gambar dibawah. Depth of field yang luas memberikan
ketajaman imej sehingga kepada latarbelakangnya.
F16 |
Untuk memahami lebih lanjut lagi, perhatikan dua contoh Depth Of field yang berbeza dibawah, menggunakan aperture yang berbeza
Segala maklumat adalah daripada website : http://adhadi.com/
0 comments:
Post a Comment